The News


Return to News

McDonald’s Malaysia menang anugerah terbaik

KUALA LUMPUR 9 Julai – McDonald’s Malaysia telah diberi Anugerah ‘Syarikat Tempat Bekerja Paling Baik’ oleh HR Asia, salah satu penerbitan untuk profesional sumber manusia kanan.

Penghakiman adalah berasaskan keputusan yang didapati daripada Kajian Input Pekerja HR Asia dan Kajian Komitmen Pekerja.

Pengarah Urusan dan Pengurus Serantau McDonald’s Malaysia & Singapura, Sarah Casanova berkata, pengiktirafan ini adalah satu penghormatan kerana kajian itu dijawab oleh pekerja McDonald's sendiri.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua pekerja kami atas apa yang mereka lakukan untuk restoran kami. Komitmen mereka kepada jenama ini adalah penting dalam memberikan pengalaman keseluruhan kepada pelanggan kami,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebagai satu syarikat yang komited dalam pembangunan insan, McDonald’s Malaysia melabur lebih 370,000 jam setahun bagi latihan pekerja setiap tahun.

Lebih 12,000 rakyat Malaysia bekerja di 245 restoran McDonald’s di negara ini, melayan lebih 13 juta pelanggan setiap bulan. – BERNAMA





Return to News
X

In using this website and the content provided on or through it (collectively, this “Site”), you agree to comply with and be bound by these terms and conditions (these “Terms”) and our Privacy Policy. To learn more, click here.